Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

Selasa, 25 Oktober 2016

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SK GONDANG 2016

Lawatan ini telah diadakan pada 17 Oktober 2016 hingga 20 oktober 2016. Kali ini lawatan sambil belajar (LASBELA 2016) memulakan perjalan dari SK Gondang ke Melaka Bandaraya Bersejarah dengan keahlian 32 peserta terdiri daripada tahun 4, 5, dan 6 dan diiringi 4 orang guru dan 1 pekerja swasta sebagai pembantu dalam lawatan kami kali ini.

Bertolak dari SK Gondang pada jam 9:00 dan sampai di Melaka pada jam 4:30 ptg. Di Melaka kami melawat kawasan-kawasan sekeling yang sangat menarik sekitar kota A Farmosa dan juga membeli belah di bazaar serta pasaraya-pasaraya yang berhampiran. Pada malamnya kami mengambil peluang menaiki Menara Taming Sari dan melihat keindahan Bandaraya Bersejarah dari aras atas. Panorama waktu malam yang mempesonakan dapat dilihat dari pada aras atas apa kita berada di atas menara tersebut. Ia merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh semua pelajar.


 




Hari kedua kami meneruskan perjalanan ke Putrajaya melawat Kementerian Belia dan Sukan, Kemudian ke Kementerin Dalam Negeri. Terima kasih kami ucapkan kepada pengurusan kedua-dua kementerian yang memberikan layanan yang terbaik dan banyak yang kami pelajari semasa lawatan tersebut.








 Selama dua hari berada di Kuala Lumpur kami sempat melawat beberapa tempat lain lagi seperti Kilang Berryl Chocholate, Petrosains, Taman Tema Time Square dan juga Masjid Putra di Dataran Putrajaya.



 Malam terakhir kami tidur di Cameron Highland dan sebelum pulang kami sempat pusing-pusing sekitar Tanah Rata dan Brinchang sambil-sambil menikmati udara sejuk di tanah tinggi.


LASBELA SK GONDANG 2016

Disediakan oleh 
GPM SK Gondang



Tiada ulasan:

Catat Ulasan