Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

Sabtu, 26 Mac 2016

MESYUARAT AGUNG PIBG SK GONDANG KALI KE -22

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22 telah berlangsung pada hari Jumaat (25.3.2016) di dewan SK Gondang. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohd Nor bin Endut yang mewakili YB En. A.Latif bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Transformasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pengkalan Berangan.

Ketibaan Tn Hj Mohd Nor Bin Endut

Majlis perasmian Mesyuarat PIBG KALI ke 22

Antara yang bertuah

Kehadiran ibu bapa yang memberangsangkan telah memeriahkan lagi majlis tersebut. Perlantikan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2016/2017 juga telah berjaya dilantik. Tahniah kepada En. Nasir bin Awang yang telah dilantik sebagai YDP PIBG yang baru dan juga AJK baru yang lain. Semoga hubungan silalturrahim kekal berkekalan serta dengan adanya kerjasama yang erat di antara pihak sekolah, ibu bapa, masyarakat dan komuniti dapat memberikan impak kepada anak didik di SK Gondang. ' Kerana Kita Gondang Berjaya, Gondang Kebanggaan Kita'.

wajah-wajah Guru SK Gondang



Tiada ulasan:

Catat Ulasan