Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

Jumaat, 5 Februari 2016












Mengambil inisiatif dalam membantu kecemerlangan palajar tahun 6, 2016 pihak sekolah dengan kerjasama pihak PIBG sekolah telah mengadakan Program bacaan Yassin dn Solat Hajat perdana bertempat di Surau SK Gondang.

Program tersebut telah diadakan pada 4 Februari 2016, pada jam 7 malam. Kesemua pelajar dan ibubapa hadir bersama-sama merialisasikan program tersebut dalam masa yang sama memberikan motivasi dan galakkan kepada pelajar untuk belajar dengan lebih tekun. Dengan kehadiran ibubapa juga dapat memberikan satu harapan dimana kecemerlangan pelajar di SK Gondang bukan sahaja didokong oleh guru-guru dan pentadbiran sekolah, malah juga diambil cakna oleh ibubapa pelajar terbabit. Program tersebut diketuai oleh Ustaz Haji Ramli Bin Mamat dan di akhiri dengan jamuan ringan di kantin sekolah. 

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru dan staf yang terlibat serta ibubapa yang hadir memeriahkan program. diharap pada masa-masa yang akan datang kerjasama sebegini dapat diteruskan lagi bagi memastikan program kecemerlangan pelajar SK Gondang dapat diteruskan. 

sekian Terima kasih
mnm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan