Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

Jumaat, 15 Julai 2016

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1437H
BERSAMAAM 14 JULAI 2016
PERINGKAT SEKOLAH 


Rabu, 6 Julai 2016

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1SYAWAL 1437H


Dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri kami warga SK Gondang tidak lupa ingin menyusun sepuluh jadi memohon ampun dan maaf kepada semua pelajar, serta ibubapa. 

Taqaballahu Minaa wa Minkum
Syiyamana wa shiyamakum
semoga Allah mengabulkan (amalan) dari kami dan anda, puasa kami dan puasa anda . 

"Dari Jubair bin Nufair; beliau mengatakan, *“Dahulu, para sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, apabila saling bertemu pada hari raya, saling mengucapkan,*

َتقَبَّلَ الله ُمِنَّا وَمِنْكُمْ

*“Semoga Allah menerima amal kami dan amal kalian.” (Sanadnya hasan; Fathul Bari,2:446)*

 *Selamat Hari Raya EidulFitri Minal A’idin Wal Faizi*

Ahad, 12 Jun 2016


WELCOME BACK TO SCHOOL

Add caption

Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua warga pendidik dan juga para pelajar SK Gondang.. Bermula sesi ke 2 tahun 2016 pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga ia menjadi titik tolak kejayaan yang akan kit akecapi nanti. Salam sayang salam kerinduan kami warga pendidik SK Gondang, mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan selamat berpuasa..


Khamis, 19 Mei 2016

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN KEPADA SEMUA PELAJAR SK GONDANG

18-25 MEI 2016


Selasa, 17 Mei 2016

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN GONDANG

16 Mei merupakah tarikh keramat bagi setiap pendidik seluruh Malaysia. Perayaan hari guru disambut di seluruh pelusuk negara dan SK Gondang juga tidak ketinggalan dalam memeriahkan sambutan Hari Guru di peringkat sekolah. Bertemakan "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA" TERIMA KASIH CIKGU, sambutan hari guru diperingkat sekolah telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar , Cik Marzira Ismail. Turut hadir memeriahkan majlis perasmian adalah pegawai perhubungan dari PPD Marang dan juga YDP PIBG serta AJK-AJK PIBG SK Gondang.


Dalam majlis perasmian itu juga turut dibacakan perutusan daripada Menteri Pendidikan Malaysia, Pengarah Pendidikan Malaysia Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dan Yang berhormah Menteri Besar Teengganu oleh wakil-wakil guru yang dipilih. Bacaan ikrar oleh guru dan nyayian Lagu Guru Malaysia dan Guru Pembimbing Negara bangsa dinyanyikan penuh semangat oleh guru-guru dihadapan pelajar-pelajar SK Gandang.


Pelbagai aktiviti dijalanan dalam memeriahkan sambutan Hari Guru diantaranya adalah sukaneka dan perlawanan futsal diantara guru dan pelajar.






Sabtu, 7 Mei 2016

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2016 FASA I

Dalam merialisasikan kecemerlangan pelajar-pelajar SK Gondang, satu Kem Kecemerlangan dan rehat minda telah diadakan di Sri Indah Batu Buruk pada 5-7 Mei 2016. Slot-slot teknik menjawab soalan peperiksaan bagi setiap mata pelajaran turut diberi pendedahan oleh guru-guru pakar yang dijemput khas.