Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

Ahad, 20 Mac 2016

Alhamdulillah hari pertama selepas cuti persekolahan didatangi MILO dan KOKO KRUNCH secara percuma di SK Gondang.





Terima Kasih diucapkan kepada pihak NESLE kerana sudi ke SK GONDANG






Isnin, 7 Mac 2016

PERBARISAN KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPANG MSSD MARANG 2016

7 MAC 2016, Isnin SK Gondang telah nmenyertai perbarisan perasmian Kejohanan Olahraga dan Balapang Peringkat Daerah Marang yang diadakan di SMK Seberang Marang dan SK Bukit Gasing. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia A.Latif Bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Penyampaian, Pengurusan Prestasi dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu.



Kejohanan Olahraga dan Balapan ini akan berlangsung selama empat hari bermula 7 Mac 2016 sehingga 10 Mac 2016. Diharapk kepada semua atlit SK Gondang di bawah seliaan SU Sukan sekolah YM Che Engku Mohd Abdullah akan mecapai kejayaan dalam kejohanan ini. 

BELAKANG TABIR

SU SUKAN mewakili sekolah menerima plat pnghargaan daripada YB



Selasa, 23 Februari 2016

PROGRAM PERARAKAN APRESIASI KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN GONDANG
SK Gondang memulakan program

Guru Besar dan PKKO



pelajar berjalan ke luar sekolah






Menyampaikan risalah Denggi




Rabu, 17 Februari 2016

17 Februari 2016, Kg Gondang. Sekolah Kebangsaan Gondang, telah mengadakan satu perjumpaan dengan ibubapa murid yang menerima Bantuan Awal Persekolah yang diperuntukkan kepada pelajar-palajar miskin dibawah Bajet 2016 yang telah dibentangan oleh kerajaan. Bagi memenuhi, hasrat kerajaan menyampaikan dana tersebut pihak sekolah menyempurnakan pemberian tersebut pada fasa pertama di Dewan Serbaguna SK Gondang.

Bantuan Awal Persekolahan

Pemberian fasa kedua bagi baki pelajar miskin akan dilakukan dalam masa terdekat, apabila peruntukan tersebut tiba nanti. Diharap dengan bantuan yang diberikn oleh kerajaan ini dapat meringankan sedikit tanggungan ibubapa dalam menghantar anak ke sekolah alam masa yang sama memberikan motivasi kepada pelajar suoya tidak mengabaikan pelajaran.


Pengagihan BAP dilakukan di DEWAN SK GONDANG

Isnin, 15 Februari 2016

SEKOLAH KEBANGSAAN GONDANG , 14 Februari 2016,  Satu majlis pelancaran NILAM peringkat sekolah telah diadakan di Dewan Serbaguna SK Gondang. Majlis telah disempurnakan dengan ucapan Penolong Kanan Pentadbiran , Puan Kamariah Binti Jusoh dan seterusnya dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Gondang, Cik Marzira Binti Ismail.

 Majlis Pelancaran NILAM SK Gondang

                                   Guru Besar SK Gondang

NILAM merupakan program yang menyarakan semua pelajar agar lebih minat membaca. Setiap pelajar akan diberikan pengiktirafan mengikut bilangan bacaan buku yang dibaca dan direkod dalam buku NILAM. Pihak sekolah amat berharap agar semua pelajar dapat menggunakan kemudahan PSSS untuk memudahkan program membaca di kalangan pelajar. Pelajar perlu perihatin dalam memerikan minat dalam membaca kerana Nadi Ilmu Amalah Menbaca yang menjadi asas kepada program NILAM ini. 

Sekian Terima Kasih

Sabtu, 13 Februari 2016

Sk Gondang, 14 Februari 2016, Telah berlangsung satu majlis watikah perlantikan bagi Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Gondang iaitu Cik Marzira Binti Ismail.

Guru Besar SK Gondang

 Pengawas Sekolah Dan Pengawas PSSS 

Majlis ini adalah bertujuan memberikan pengiktirafan dan mandat kepada semua pengawas agar lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas dengan baik dan amanah.  


 Pengawas Sekolah 2016

Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2016

Jumaat, 5 Februari 2016












Mengambil inisiatif dalam membantu kecemerlangan palajar tahun 6, 2016 pihak sekolah dengan kerjasama pihak PIBG sekolah telah mengadakan Program bacaan Yassin dn Solat Hajat perdana bertempat di Surau SK Gondang.

Program tersebut telah diadakan pada 4 Februari 2016, pada jam 7 malam. Kesemua pelajar dan ibubapa hadir bersama-sama merialisasikan program tersebut dalam masa yang sama memberikan motivasi dan galakkan kepada pelajar untuk belajar dengan lebih tekun. Dengan kehadiran ibubapa juga dapat memberikan satu harapan dimana kecemerlangan pelajar di SK Gondang bukan sahaja didokong oleh guru-guru dan pentadbiran sekolah, malah juga diambil cakna oleh ibubapa pelajar terbabit. Program tersebut diketuai oleh Ustaz Haji Ramli Bin Mamat dan di akhiri dengan jamuan ringan di kantin sekolah. 

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru dan staf yang terlibat serta ibubapa yang hadir memeriahkan program. diharap pada masa-masa yang akan datang kerjasama sebegini dapat diteruskan lagi bagi memastikan program kecemerlangan pelajar SK Gondang dapat diteruskan. 

sekian Terima kasih
mnm